Monday 5 December 2011
Saturday 3 December 2011
Wednesday 30 November 2011
Friday 25 November 2011
Monday 21 November 2011
Taksonomi Objektif Pelajaran Matematik KBSR
Pengenalan
B.S. Bloom ialah seorang ahli pendidik yang terkenal dalam bidang objektif pendidikan. Menurut kajian beliau, objektif-objektif pendidikan boleh dibahagikan kepada enam jenis mengikut peringkat-peringkat kesukaran.
Peringkat-peringkat Taksonomi Objektif Pelajaran Matematik dalam Bidang Kognitif
Peringkat I : Pengetahuan
Pengetahuan matematik yang diperolehi seperti bahasa matematik, rumus, definisi, konsep, teorem, hukum dan ilmu matematik asas adalah pada peringkat pertama dalam taksonomi objektif pelajaran matematik dalam bidang kognitif. Pengetahuan-pengetahuan matematik asas tersebut boleh diperolehi daripada membaca, perbincangan, huraian atau pengalaman secara langsung. Murid-murid yang boleh mengingat, menghafaz atau menyatakan fakta-fakta matematik itu adalah dianggap telah mencapai peringkat itu.
Peringkat II : Kefahaman
Peringkat kefahaman adalah lebih tinggi daripada kebolehan mengingat dan menyebut fakta-fakta matematik. Ia memerlukan murid-murid memahami fakta-fakta matematik dengan tepat serta boleh menerangkan dan memberi makna kepada konsep matematik dengan penggunaan bahasa matematik. Misalnya murid-murid boleh menerangkan maksud operasi darab seperti 3 X 5 ialah sama dengan hasil tambah 5 + 5 + 5.
Peringkat III : Aplikasi
Peringkat ini merupakan kebolehan menggunakan fakta-fakta matematik, hukum, teorem, rumus, operasi atau kemahiran untuk menyelesaikan masalah matematik. Murid-murid hanya boleh mencapai peringkat aplikasi ini apabila mereka telah mempelajar dan memahami fakta-fakta matematik dengan berkesan serta menguasai kemahiran dengan cekap, kemudian menyelesaikan masalah itu dengan secara logical tanpa menghafaz langkah-langkah penyelesaiannya. Dalam konteks ini, murid-murid sanggup melaksanakan aktiviti matematik secara sendiri, tanpa pertolongan orang lain.
Peringkat IV: Analisis
Peringkat analisis merujuk kepada kebolehan menghuraikan ciri-ciri perbezaan, kesamaan dan perkaitan di antara unsure-unsur matematik seperti menghuraikan sifat-sifat khas sesuatu bentuk geometri dan membuat perbandingan cirri-cirinya dengan bentuk geometri dan lain. Selain daripada itu, murid-murid boleh mentafsir data-data dalam jadual atau graf. Peringkat ini merupakan peringkat yang tinggi sekali yang boleh dicapai oleh murid-murid sekolah rendah.
Peringkat V : Sintesis
Peringkat sintesis adalah peringkat kebolehan menggabungjalinkan fakta-fakta atau konsep-konsep matematik yang telah dipelajari untuk mendapat rumusan, teorem atau hukum matematik melalui kaedah induksi, atau kaedah inkuiri-penemuan. Misalnya, dengan mengira hasil darab daripada beberapa pasangan operasi darab, murid-murid boleh mendapat hukum tukar tertib, a x b = b x a dalam operasi darab. Untuk mencapai peringkat ini, murid-murid mesti memperoleh pengalaman yang luas dan konsep-konsep matematik yang tepat serta mempunyai kebolehan untuk mengaitkan konsep-konsep di antara satu sama lain, seperti operasi bahagi dikaitan dengan operasi tolak dan operasi darab.
Peringkat VI : Penilaian
Peringkat penilaian merupakan peringkat yang tertinggi. Murid-murid hanya boleh mencapai peringkat ini selepas menguasai kelima-lima peringkat yang telah dibincangkan di atas. Dengan lain perkataan, proses menilai memerlukan kefahaman konsep dengan tepat, kebolehan membuat analisis serta mengaitkan konsep-konsep di antara satu sama lain. Murid-murid dikatakan telah mempunyai kebolehan menili apabila mereka sudah menunjukkan kebolehan seperti mengesahkan jawapan, membuktikan teorem atau fakta matematik, menerangkan cirri-ciri penyelesaian masalah matematik dan merancangkan strategi untuk membuktikan hipotesis matematik yang dicadangkan.
Bagi matematik KBSR, peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi adalah peringkat-peringkat yang diutamakan untuk mencapai objektif penguasaan kemahiran matematik. Peringkat analisis sintesis dan penilaian hanya boleh dicapai dalam akhir Tahap II sahaja melalui bimbingan guru.
Jadual Perbandingan taksonomi objektif pelajaran matematik dalam bidang kognitif dengan teori pembelajaran Gagne.
Peringkat | Taksonomi objektif pelajaran matematik dalam bidang kognitif | Jenis Pembelajaran Gagne |
I | Pengetahuan : menyebut fakta, konsep, rumus hukum dan kemahiran matematik. | Pembelajaran melalui isyarat dan tindak balas rangsangan. |
II | Kefahaman : menerangkan konsep matematik. | Pembelajaran Rantaian dan Perkaitan Verbal. |
III | Aplikasi : menyelesaikan masalah matematik dengan penggunaan pengetahuan dan kefahaman. | Pembelajaran Rantaian, Perkaitan Verbal. |
IV | Analisis : membuat perbandingan cirri-ciri sama dan beza serta mentafsir data. | Pembelajaran Pembezaan, Pembelajaran Konsep |
V | Sintesis : menggabungjalinkan konsep-konsep maatematik. | Pembelajaran Peraturan |
VI | Penilaian : mencadangkan hipotesis dan membukti hukum matematik. | Pembelajaran Penyelesaian Masalah |
Subscribe to:
Posts (Atom)